Saturday, December 9, 2017

secebis kata

Manusia itu di ciptakan berpasang-pasangan. Saling melengkapi antara satu sama lain. Terima kekurangan yang ada. Memang perasaan itu timbul datang entah dari mana. Tapi, ikatan persahabatan antara lelaki dan perempuan memang nampak mudah dan tak akan terjadi apa-apa. Tetapi antara salah seorang mampukah untuk bertahan walaupun hanya sekadar kawan? Mampu melawan perasaan yang sendiri tidak tahu apa ertinya.

Kadang ia mungkin nampak mudah dan tak perlu ambil peduli. Sebaliknya ia amat susah kerana mungkin salah seorang daripadanya akan ada secebis hati yang akan disimpan. Betul kata orang, "perempuan dengan lelaki memang tak boleh berkawan rapat"

Ini semua punca dari hati. Semahu mana hati itu mahukan tak semestinya ia akan diperolehi dan salah seorang itu akan mengalah. Mengalah untuk perasaan yang tiada ertinya. Perasaan yang keliru dan buntu. Ya, memang ia nampak mudah tapi mampukah secebis hati ini bertahan? Lalui segala keperitan dan rintihan hati yang terluka? 

Rintihan hati hari demi hari, tiada siapa peduli. Secebis hati bila dibiarkan tiada yang ketahui kewujudannya. Simpan baik-baik kerana cebisan itu akan diberi yang berhak. 

Ya, hidup mesti diteruskan.

Monday, October 24, 2016

hati

hati,
andai kau tahu betapa sakitnya luka ini,
betapa peritnya jiwa ini,
kau tanggung seorang diri,
tanpa ada sesiapa tahu,
tanpa ada orang ketahui,
kau pendam,
kau susah nak luah,
tapi kau tetap tabah.

hati,
andai kau aku keluarkan,
akan ku basuh,
basuh segala perasaan yang ada,
sama ada sengaja ataupun tidak,
aku mahu sembuhkan luka ini,
luka yang sakit,
luka yang berparut,
agar kau tenang,
menjalani kehidupan seperti biasa.

hati,
mengapa perasaan ini sukar untuk dipadam?
mengapa sukar untuk dilupai?
sebab hati lemah,
kau tetap sakit macam mana pun,
kau tetap terima,
kau tetap mahukan apa yang kau mahu,
janji kau puas,
walaupun hati sakit.

hati,
andai suatu hari nanti dapat ku padam,
segala perasaan yang ada,
segala rasa cinta yang ada,
yang tak mungkin buat kau bahagia,
bertabahlah wahai hati,
sesungguhnya Allah akan hadirkan satu hati yang lain,
yang akan buat kau senyum kembali,
buang segala parut yang ada,
sebab hati bukan semua untuk dimiliki,
tetapi hati ini milik-Nya,
Tuhan Yang Maha Esa.