Saturday, February 4, 2017

Alhamduli

Assalamualaikum. Lama jugak tak meng-update ni :p 

Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk sem 3 dah. Kejap betul masa berlalu. Aku rasa macam baru masuk kolej ja. Pejam celik pejam celik dah masuk sem 3 dah. Aku punya result? Alhamdulillah, takat cukup-cukup makan, aku lulus. Cuma aku rasa hampa dan kecewa dengan diri sendiri. Aku dah hampakan mak ayah aku yang bersusah payah cari duit untuk aku sambung belajar. Aku rasa tak guna sangat sebab aku tak dapat banggakan mak ayah. Aku punya yuran pengajian bukan singgit dua. Beribu. Aku rasa bersalah sangat. Maafkan adik ye mak ayah :(

Tapi aku bersyukur apa yang aku dapat tu. Bukan aku tak cuba. Bukan aku tak usaha. Aku usaha. Tapi biasalah as a student ada jugak main-main dia. Hahahaha. Tapi kan, bila aku fikir balik, aku bangga jugak dengan diri aku ni. Wei life degree bukan senang macam tadika wei. Susah gilanamatey! Lagi-lagi semua guna dalam Bahasa Inggeris. Jujur aku cakap, aku memang tak pandai dalam english. Memang tak pandai. Nak speaking memang aku tak reti. Takat ayat-ayat basic aku boleh lah sikit-sikit macam i love you ke, i miss you ke hahaha tapi kalau nak cakap yang betul-betul fasih dalam english memang aku bodoh wei sumpah aku tak tipu.

Paling aku cuak takut nak terkencing terberak semua bila presentation. Aku present tengok kertas kot. Kalau yang mana part ayat yang aku boleh hafal, aku hafal. Kalau nak buat ayat sendiri, memang aku tak boleh. Sumpah. Aku memang faham dalam english, boleh lah, cuma bila nak cakap balik tu aku jadi blank, macam aku ni tak belajar langsung la. Rasa malu bila depan kawan-kawan, memang ada. Tapi dorang faham aku punya english tahap mana. Memang tahap low. 

Dalam exam pulak semua dalam english. Dengan bahasa-bahasa pelik yang aku tak pernah dengar selama ni. Tapi ada la 1 subjek tu dalam bahasa melayu. Yang lain subjek semua fully english. Kalau buat jawapan dalam bahasa melayu memang kena tolak markah. 

Bila aku fikir balik, aku mengalamun sorang-sorang, pandai jugak aku ni (puji diri sendiri jelah, siapa lagi nak puji hahaha) sebab aku rasa aku boleh termpuhi semua cabaran dalam degree ni. Walaupun exam dalam english, kenapa aku boleh jawab? Memang lah boleh jawab tapi tulah apa  yang aku tulis tu lecturer paham ke tidak ler. Mau dia geleng-geleng kepala. Hahaha. Assignment yang diberi dalam english, kenapa aku boleh buat? Aku ni boleh buat sebenarnya, cuma aku kena usaha lebih sikit. 
Yang paling mengejutkan aku, Economy dan Business Maths aku dapat B- kot. Dengan bahasa ekonomi yang tah pape aku tak paham, aku tak pernah belajar ekonomi sebelum ni, dan maths aku tak berapa nak ok sangat, time SPM dah lah aku dapat D ahaha teruk kan. But Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang sabar ajar aku sampai aku faham sampai aku dapat gred B- kot ko rasa itu bukan satu award bagi kau? Sebab aku tau tahap kepandaian aku macam mana, aku bukan budak straight A. SPM pun langsung takde A. STPM pun takde A. Time degree ni jelah ada huruf A tu pun masa sem 1. 

Sem 3 ni kang aku tak tau lah nak hadap macam mana. Dah lah ada subject LAW kot. Memang susah lah cite dia. Takpe, I will try my best :) Doakan saya ya.